Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

LPKP Sabah terima beras dan mee segera bagi pihak pemandu bas terkesan Covid-19

ByKhairil Zharif Affindie

Oleh : Ammierul Mukminin

SABAH, 8 SEPT : Pemandu bas mini daerah Sandakan yeng terkesan dengan pandemik Covid-19 hari ini menerima bantuan dalam bentuk beras dan mee segera hasil sumbangan lima buah syarikat di sini.

Sumbangan tersebut diterima menerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dengan sumbangan sebanyak 300 bungkus beras dan 1500 bungkus mee segera.

Menurut Pengerusi LPKP Sabah, Datuk Chin Kim Hiung, sumbangan yang diterima itu akan disampaikan kepada pemandu bas mini daerah Sandakan menerusi Program Penyampaian Bakul Makanan yang akan diadakan dalam masa terdekat.

“Bagi pihak LPKP Sabah saya ingin mengucapkan terima kasih di atas sumbangan syarikat terbabit iaitu Gordon Anchi Bersaudara, Kontraktor Berjaya, Budaya Potensi Transport Sdn Bhd, Kontraktor Tanah Hartamas serta Man Seng Enterprise.

“Adalah diharapkan agar lebih banyak syarikat swasta atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan memberikan sumbangan bagi membantu golongan yang terkesan akibat pandemik COVID-19 yang melanda negara kita,” katanya.

Majlis penyampaian sumbangan telah diadakan di pejabat Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah, Cawangan Sandakan pagi tadi.

Turut hadir, Pengarah LPKP Sabah, Norsiah Patah, Ketua Penolong Pengarah LPKP Sabah, Arfian Julian serta Penolong Pengarah Kanan LPKP Sabah, Noraziah Aslan.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan