Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
JOHOR BAHRU,10 Mei — Anggota keselamatan melaksanakan tugas di bawah operasi sekatan jalan raya di Jalan Johor Bahru - Skukai ketika tinjauan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 hari ini. Semua aktiviti rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara tidak dibenarkan berkuatkuasa hari ini hingga 6 Jun. Sepanjang tempoh itu juga aktiviti berkaitan sosial, pendidikan dan ekonomi yang boleh menyebabkan perhimpunan atau kesesakan awam, adalah tidak dibenarkan. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Lembah Klang beralih ke Fasa Dua PPN , lebih banyak aktiviti dibenarkan -PM

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 8 Sept : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Lembah Klang akan memasuki Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula Jumaat ini.

Menurut Ismail Sabri, keputusan berkenaan dibuat menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 yang berlangsung pada hari ini.

Sehubungan itu katanya, penduduk Lembah Klang meliputi Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur , WP Putrajaya dan Selangor bakal menikmati kelonggaran yang diberikan kepada beberapa negeri sebelum ini seperti yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

” Oleh itu, rentas daerah dibenarkan kepada individu yang telah lengkap divaksin manakala pasangan suami isteri jarak jauh yang turut melengkapkan proses vaksinasi masing – masing juga dibenarkan untuk merentas negeri,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Menurut Perdana Menteri, antara aktiviti lain yang turut dibenarkan ialah bagi ibu bapa yang telah mendapat dua dos suntikan untuk merentas negeri bagi berjumpa anak mereka yang berusia di bawah 18 tahun.

” Pada masa sama, aktiviti dine-in dibenarkan di premis makanan kepada penerima lengkap vaksin dan aktiviti pelancongan dibenarkan dalam negeri yang sama melibatkan penginapan di hotel dan inap desa, juga untuk mereka yang selesai vaksin,” katanya.

Pada masa sama, Perdana Menteri turut mengumumkan berita gembira kepada peminat aktiviti sukan apabila aktiviti sukan indoor dibenarkan kecuali gimnasium.

” Fasiliti sukan dan rekreasi komersial tertutup juga dibenarkan beroperasi dengan pematuhan SOP bagi penerima vaksin,” katanya.

Jawatankuasa berkenaan turut memutuskan Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya digabungkan sebagai satu kawasan jangkitan yang sama dan pergerakan antara negeri-negeri ini adalah dibenarkan dan tiada lagi sekatan jalan raya.

” Keputusan ini dilakukan berdasarkan penilaian risiko semasa yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta MKN dan akan berkuatkuasa pada 10 September 2021,” ujarnya.

Berhubung sektor perdagangan dan pengedaran pula, perniagaan kedai bunga dan nursery, kedai peralatan outdoor dan galeri perumahan akan mula dibenarkan beroperasi pada tarikh sama.

Perdana Menteri turut mengumumkan bagi negeri yang diletakkan di bawah Fasa Dua dan Fasa Tiga , kelonggaran tambahan bagi aktiviti kedai gunting, hair dresser dan salon kecantikan dibenarkan. -TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan