KUCHING, 8 SEPTEMBER 2021 – Pengarah JPJ Negeri Sarawak Tuan Norizan bin Jili turun padang melihat sendiri Kaunter Pandu Lalu JPJ Mobile dan seterusnya menyerahkan secara simbolik Jalur Gemilang bersempena Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia kepada kakitangan serta pelanggan yang berurusan di JPJ Negeri bertempat di perkarangan Blok B JPJ Negeri Sarawak pagi tadi.
Turut hadir pada program perasmian Kaunter Pandu Lalu JPJ Mobile tersebut adalah Timbalan Pengarah JPJ Negeri Sarawak Tuan Erick Jusiang, Ketua Unit Keselamatan Jalan Raya dan Korporat Tuan Christopher Alex dan beberpaa Pegawai Kanan JPJ Negeri.
Pada pelancaran program berkenaan, pihak Pengurusan JPJ Negeri memastikan segala SOP yang telah ditetapkan dipatuhi bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pelanggan semasa berurusan di JPJ Negeri Sarawak.
Pengarah turut menyampaikan Jalur Gemilang kepada petugas dan pelanggan yang hadir sempena Kempen Sambutan Bulan Kemerdekaan yang bermula pada 18 Ogos lepas sehingga 16 September serta Sambutan Hari Malaysia yang juga jatuh pada 16 September ini.
Pengarah dan Timbalan Pengarah turut menyampaikan cenderahati kepada pelanggan yang berurusan membayar saman semasa tempoh pengurangan saman 70% JPJ ini yang berlangsung pada pertengahan bulan ini bagi memberi galakan pelanggan untuk membayar semua saman yang tertunggak mereka dengan mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan.
Program penyerahan Jalur Gemilang dan Kibaran Jalur Gemilang seperti ini turut dilakukan di beberapa Cawangan di seluruh JPJ Negeri Sarawak bagi meningkatkan semangat Kemerdekaan di kalangan semua kakitangan dan pelanggan yang berurusan di JPJ Sarawak.