Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

COVID-19: Sarawak Kekal Catat Kes Harian Tertinggi, 10 Kematian Baharu

ByLuqman Muhammad

KUCHING: Sebanyak 19,733 kes baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lepas dengan Sarawak kekal merekodkan kes harian tertinggi untuk tiga hari berturut-turut iaitu 3,100 kes.

Semalam, sarawak mencatatkan 3,200 kes baharu, manakala pada isnin 3,714 kes.

Pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes di seluruh negara kini mencecah 1,900,467 kes.

Selangor pula mencatatkan kes harian kedua tertinggi iaitu 2,989 kes diikuti pulau pinang (2,474), sabah (2,067), johor (1,867), kedah (1,564), kelantan (1,471) dan perak (1,319).

Di Sarawak 99.87% terdiri daripada kategori 1 dan 2 sementara 0.13% adalah daripada kategori 3,4 dan 5.

Kenyataan JPBN Sarawak pada Rabu

Kuching menjadi penyumbang tertinggi dengan 804 kes diikuti Sibu 379, Samarahan 252, Bintulu 231 dan Lundu 155 kes.

Sarawak mencatatkan 10 kematian baharu pada rabu, membabitkan tiga kes di Kuching, dua di Kapit , sementara Bintulu, Subis , Sarikei Tatau dan Bau masing-masing satu kes.

Kenyataan JPBN Sarawak pada Rabu

Kenyataan JPBN Sarawak pada Rabu

Dalam pada itu Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak turut memaklumkan terdapat dua kluster baharu dikesan pada Rabu.

Kenyataan JPBN Sarawak pada Rabu

Ia membabitkan Kluster Lemujan, Pakan dengan Kluster Komuniti yang dikesan melibatkan penduduk di sebuah rumah panjang .

Sementara Kluster Pasar Matu, membabitkan kluster tempat kerja yang dikesan melibatkan pemilik dan pekerja sebuah kedai makanan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan