Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Wartawan Dipelawa Hantar Penyertaan Anugerah Kewartawanan Kenyalang

ByConnie Grace

KUCHING, 7 September: Wartawan media cetak dan penyiaran di Sarawak dipelawa menghantar penyertaan bagi Anugerah Kewartawanan Kenyalang (KJA).

Menurut Presiden Persekutuan Persatuan Wartawan Sarawak Jacqueline David, anugerah untuk tahun ini akan dilakukan di sebuah hotel atau dilakukan secara maya tetapi mengikut keadaan semasa perkembangan COVID-19 di Sarawak.

“Anugerah pada tahun ini akan dilangsungkan disebuah hotel atau dilakukan secara maya mengikut keadaan semasa perkembangan COVD-19 di Sarawak,” kata Presiden Persekutuan Persatuan Wartawan Sarawak (FSJA), Jacqueline David.

Dalam pada itu katanya lagi, tempoh penyertaan untuk anugerah itu sudah dilanjutkan sehingga 15 September 2021.

“Lanjutan ini untuk membolehkan media di Sarawak mengemukakan artikel yang diterbitkan sekali gus memberi lebih banyak peluang kepada mereka menghantar penyertaan oleh kerana ramai dari mereka mendapat kekangan ketika pandemik ini,” ujarnya kepada media selepas mengadakan Kunjungan Hormat bersama Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Kuching, pada Selasa.

Anugerah Kewartawanan Kenyalang pada tahun ini merangkumi 11 kategori iaiu Anugerah Ketua Menteri, Anugerah Kewartawanan (Rencana dan Rencana Berita), Anugerah Laporan Berita, Anugerah Laporan Sukan, Anugerah Kewartawanan Kemampanan, Anugeran Kewartawanan Ekonomi dan Perniagaan, Anugerah Kewartawanan Kesejahteraan Komuniti dan Pembangunan Luar Bandar.

“Manakala bagi kategori artikel dibahagikan kepada penulisan bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Iban dan media penyiaran dan fotografi pula ialah Anugerah Kewartawanan Penyiaran, Anugerah Kewartawanan Foto dan Anugerah Esei Foto,” jelasnya.

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found