Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

COVID-19: Lebih 65% kes baharu tiada sejarah vaksinasi atau tidak lengkap vaksin

KUALA LUMPUR, 6 Sept: Sebanyak 65.9 peratus atau 11,441 kes daripada jumlah keseluruhan 17,352 kes baharu COVID-19 yang dilaporkan hari ini didapati tiada sejarah vaksinasi atau tidak lengkap vaksin COVID-19. 

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya berkata inidividu tidak lengkap vaksin terdiri daripada mereka yang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin atau dua dos vaksin tetapi tidak melebihi 14 hari dari tarikh dos kedua. 

“Sebanyak 5,911 kes atau 34.1 peratus pula mempunyai sejarah vaksinasi lengkap, dengan 5,834 daripadanya berada pada Kategori Satu iaitu tidak bergejala dan Kategori Dua bergejala ringan. 

Situasi ini jelas menunjukkan mereka yang lengkap divaksinasi adalah lebih terlindung dan kurang berisiko mendapat jangkitan COVID-19 yang teruk,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata daripada 268 kes Kategori Tiga (bergejala) hingga Kategori Lima (bergejala kritikal), 191 kes atau 71.3 peratus terdiri daripada mereka yang tiada sejarah vaksinasi atau tidak lengkap vaksinasi berbanding hanya 77 kes (28.7 peratus) terdiri daripada mereka yang lengkap divaksin.

Dr Noor Hisham berkata 272 kes kematian dilaporkan hari ini yang melibatkan 227 warganegara dan 45 bukan warganegara.

Kes kematian di luar hospital atau mati ketika dibawa (BID) yang direkodkan hari ini adalah 81 kes terdiri daripada 56 warganegara dan 25 bukan warganegara.

Beliau berkata 20,201 kes sembuh dicatatkan manakala kes aktif COVID-19 di seluruh negara kini  252,668.

Seramai 975 orang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 435 orang memerlukan bantuan pernafasan, katanya.

Beliau berkata sebanyak 30 kluster baharu dilaporkan hari ini dengan 16 daripadanya melibatkan kluster tempat kerja, tujuh kluster komuniti, empat kluster kumpulan berisiko tinggi, dua kluster institusi pendidikan swasta yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan dan satu di pusat tahanan, menjadikan kluster aktif kini 1,453.

– BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan