Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak capai 90 peratus liputan Internet menjelang 2022

KUCHING : Kerajaan Sarawak menyasarkan sekurang-kurangnya 90 peratus kawasan di Sarawak mendapat kemudahan Internet berkelajuan tinggi menjelang tahun 2022.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, beberapa agensi berkaitan akan melaksanakan objektif itu menerusi pihak Lembaga Multimedia Sarawak (SMA), Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Sarawak Information System (SAINS).

Menurutnya, dengan kerjasama ini, ia boleh meningkatkan keperluan akses Internet di kawasan bandar atau di luar bandar.

“Kerajaan kita sedang menaiktaraf kelajuan akses Internet di kawasan bandar atau di luar bandar supaya seluruh kawasan di Sarawak akan diliputi Internet yang berkelajuan tinggi jelang 2022 nanti,” kata Abang Johari ketika merasmikan Majlis Hari Inovasi dan Integrasi Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (HIITS) 2021.

Beliau menambah, sejajar dengan pelaksanaan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) Sarawak yang diumumkannya pada Julai lepas, ia wajar dimanfaatkan oleh anggota perkhidmatan awam dalam menyampaikan mutu perkhidmatan yang terbaik kepada sektor swasta dan juga rakyat.

Abang Johari berkata ia berupaya membantu rakyat Sarawak mengalami pembangunan yang pesat dengan membuka peluang ekonomi kepada mereka.

Beliau mengambil contoh Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak yang telah menjalinkan kerjasama strategik dengan institusi pengajian tinggi bagi melaksanakan penyelidikan dan pembangunan (R&D).

JTS Sarawak dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah memeterai Memorandum Persefahaman untuk mewujudkan Makmal Satelit bagi tujuan R&D menerusi perkongsian teknologi, kepakaran, peluang latihan dan penyelidikan.

“Ini bukan sahaja memberi manfaat kepada UTM sahaja untuk mendalami situasi sebenar dalam industri malah JTS dapat membuka peluang untuk menjalankan penyelidikan yang lebih teliti dan terperinci,” kata Abang Johari lagi.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan