Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Salon rambut tawar khidmat seks diserbu polis

ByFirdaus Ismail

PULAU PINANG : Jika dilihat dari bahagian luar, sebuah salon rambut di Nibong Tebal di sini kelihatan seperti kedai gunting rambut yang lain namun ‘isi’ dalamnya cukup berbeza.

Operasi kedai berkenaan yang berselindung di sebalik nama salon ini bagaimanapun terbongkar selepas diserbu oleh sepasukan anggota polis Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri pada petang semalam.

Menurut kenyataan Jabatan Siasatan Jenayah negeri, premis itu yang diserbu pada jam 4.30 petang dipercayai menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan tetap dan beroperasi melalui pintu belakang bagi mengelak aktiviti mereka daripada dihidu oleh pihak berkuasa.

“Pelanggan tetap akan menghubungi penjaga melalui aplikasi ‘WhatsApp’ dan membuat tempahan bagi mendapatkan perkhidmatan sebelum datang ke premis itu,” jelas kenyataan itu.

Menurut polis negeri, sewaktu serbuan, seramai tiga orang wanita warga negara asing yang berumur antara 22 hingga 25 tahun sedang leka melayan tiga orang pelanggan yang berumur antara 43 hingga 48 tahun.

Dalam serbuan itu, polis turut menahan seorang wanita rakyat tempatan berusia 48 tahun yang merupakan pemilik premis terbabit.

Kesemua tangkapan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 372A Kanun Keseksaan, Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan. – TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan