Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PRN-12 Sarawak: Syarikat Hubline raih kontrak sewa helikopter, pesawat bernilai RM26 juta

KUALA LUMPUR, 6 SEPT: Anak syarikat Hubline Berhad, Layang Layang Aerospace Sdn Bhd (LLA) meraih kontrak perkhidmatan sewa helikopter dan pesawat sayap tetap daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Hubline dalam satu kenyataannya berkata, perkhidmatan sewa bernilai RM26 juta itu adalah untuk kegunaan ketika Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang ke-12 (PRN-12) kelak.

Kontrak tersebut berkuat kuasa selama 24 bulan bermula 26 Ogos 2021 hingga 25 Ogos 2023, memandangkan tarikh pilihan raya belum dapat diputuskan susulan keadaan semasa pandemik COVID-19.

“Berdasarkan kontrak tersebut, LLA bertanggungjawab menyediakan helikopter dan pesawat sayap tetap termasuk bekalan dan kelengkapan operasi penerbangan, persediaan pesawat dan kru serta pelaksanaan jadual dan operasi penerbangan,” jelas Hubline.

Kontrak berkenaan dijangka bakal menyumbang perolehan kumpulan yang tinggi bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2022 dan/atau 30 September 2023, mana-mana tempoh pilihan raya itu bakal dilangsungkan.

LLA merupakan salah satu pengendali penerbangan terbesar dalam negara yang melibatkan charter kecemasan dan perkhidmatan doktor, tinjauan udara, penerbangan sewaan, operasi menyelamat dan sebagainya.

Tags: #bm, #prn12

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan