Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kawalan pergerakan dari Zon Selatan ke Sibu diperketat

ByKhairil Zharif Affindie

SIBU : Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk orang awam masuk ke Sibu diperketatkan berkuatkuasa Isnin 6 September, terutamanya untuk orang yang datang dari Zon Selatan.

Menurut Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Sibu, Deputi Superintendan Ariffin Bahar berkata antara syarat kemasukan adalah individu berkenaan perlu menjalani ujian calitan dengan keputusan negatif dan sudah lengkap dua dos vaksin.

“Pertama, saya hendak beritahu semua kenderaan dari Zon Selatan, sekira hendak masuk ke bahagian Sibu, perlu ada tiga benda. Pertama dia perlu menjalani ‘swab test’. Selepas dapat result negatif, beliau perlu ke balai polis untuk mendapatkan permit polis. Selepas itu baharu boleh bergerak ke sini. Kemudian yang hadir di dalam kenderaan mesti ada ‘second dose’. 

“Itu antara tiga syarat utama yang kita tekankan,” katanya ketika ditanya TVS di sekatan jalan raya di Paradom, Sibu.

Beliau menjelaskan, langkah itu perlu bagi mengawal penularan jangkitan Covid-19.

Zon Selatan terdiri daripada daerah-daerah Kuching, Bau, Lundu, Samarahan, Asajaya, Simunjan dan Tebedu.

Bagaimanapun mereka yang datang dari Sarikei atau Meradong hanya perlu menunjukkan permit polis dan surat pengesahan majikan.

Sementara itu, dua lelaki telah dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 seorang sewaktu pemeriksaan pasukan pemantau SOP di sekatan jalan raya di Paradom pada hari ini kerana tidak memenuhi syarat-syarat rentas daerah yang telah dikuatkuasakan.

“Macam contoh tadi, kesalahan dua orang tadi ialah mereka masuk sini memang ada buat ujian ‘swab test’ negative tetapi mereka meng emukakan permit polis yang sudah lama bertarikh 29 Mei. Sepatutnya ‘swab test’ dibuat pada lima hari bulan ini, baharu betul permit itu. Dia boleh guna pakailah,” kata Ariffin.

Kedua-dua lelaki terbabit diarah berpatah balik dan diminta mendapatkan permit pergerakan yang baharu di luar Bahagian Sibu sebelum memasuki Sibu semula.

Terdahulu, JPBN Sarawak memperketatkan SOP kemasukan ke Sibu berikutan peningkatan kes di bahagian tersebut yang mencecah tiga angka.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan