Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

COVID-19 jadi pemangkin kelancaran sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan

KUCHING : COVID-19 membawa impak besar kepada negara, namun turut menjadi pemangkin kelancaran sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Hal ini seterusnya menuntut agar sektor awam meningkatkan mutu penyampaian masing-masing melalui transformasi pendigitalan secara komprehensif.

Selaras dengan matlamat tersebut, Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak telah menyahut cabaran Kerajaan Negeri untuk mencapai status negeri maju berpendapatan tinggi pada tahun 2030.

Ia merupakan antara beberapa perkara dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 yang diumumkan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada 22 Julai lalu.

Menurut Pengarah JTS Sarawak, Abdullah Julaihi, terdapat 13 projek inovasi yang terdiri daripada 12 projek inovasi pembangunan aplikasi berteraskan ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi), dan satu projek inovasi teknikal penggunaan sistem solar dalam kerja rintisan ukur tanah di lapangan.

“Sejak 2008 hingga kini, sebanyak 165 projek KIK telah dihasilkan oleh jabatan kita dan majoriti daripada projek yang dihasil dan dilaksanakan adalah sebagai tindak balas segera kepada cabaran pandemik COVID-19 sebagaimana ditonjolkan melalui inovasi di dalam sembilan aplikasi,” kata Abdullah.

Dalam ucapannya sempena Hari Inovasi Dan Integriti (HIITS), pihaknya akan bekerja sama dengan Universiti Teknolog Malaysia (UTM) bagi mewujudkan Makmal Satelit JTS dan UTM yang berpaksikan makmal bersekutu antara kedua-dua organisasi tersebut.

Jelasnya lagi, sebagai sebuah universiti utama di Malaysia, terutamanya dalam bidang penyelidikan dan inovasi, kursus-kursus yang ditawarkan di Fakulti Alam Bina dan Ukur UTM bertepatan dengan tugas utama JTS Sarawak.

“UTM merupakan institusi yang tepat dengan perkhidmatan kita, iaitu pentadbiran tanah, ukur kadastra, perancangan bandar dan desa serta pengurusan estet.

“Kerjasama ini disasarkan untuk memenuhi keperluan jangka pendek dan jangka panjang yang merangkumi dua teraju utama iaitu, pertama, perkongsian teknologi dan kepakaran, dan kedua, peluang latihan dan penyelidikan,” tambah Abdullah.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan