Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
MARAN, 16 Jun -- Petugas barisan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyuntik vaksin COVID-19 kepada Orang Asli suku Semelai pada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Kampung Paya Besar hari ini. Petugas barisan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilihat cekal kerana sanggup turun hingga ke kawasan pedalaman bagi memastikan semua rakyat menerima vaksin sebagai langkah bagi mencegah penularan wabak COVID-19. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Vaksinasi remaja bawah 18 tahun di Sarawak bermula Rabu ini

KUCHING, 5 Sept: Vaksinasi COVID-19 bagi remaja berusia bawah 18 tahun di Sarawak dijangka akan bermula Rabu ini, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata ketika ini, Sarawak berada di peringkat akhir melaksanakan persiapan untuk melaksanakan vaksinasi kumpulan berkenaan.

“Sekarang kita sedang membuat persiapan untuk melaksanakan program ini susulan pengumuman Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin semalam bahawa program yang akan dilaksanakan di seluruh negara itu akan dimulakan di Sarawak pada Rabu ini.

“Ini kerana Sarawak sudah mencapai kadar sasaran lebih 80 peratus populasi dewasanya telah divaksin,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Uggah berkata setelah persiapan selesai, pengumuman secara terperinci berkaitan pelaksanaan proses vaksinasi itu akan dilakukan.

Sementara itu, Uggah sekali lagi merayu kepada sebilangan kecil rakyat Sarawak yang menolak atau masih enggan disuntik vaksin agar berbuat demikian secepat mungkin.

Beliau berkata selagi ada individu yang tidak divaksin, mereka bukan sahaja akan membahayakan diri sendiri malah orang lain di sekeliling.

“Lebih-lebih lagi sekarang, terdapat banyak kes positif dan varian Delta yang lebih mudah berjangkit,” tambahnya.

– BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan