Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tukang Masak Wanita Warga Indonesia Ditemui Tergantung

SIBU: Seorang wanita warga Indonesia dipercayai membunuh diri ditemui tergantung oleh rakan sekerja di sebuah rumah pekerja kilang papan di Jalan Feri Lama, Sibu pada pagi Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Collin Babat berkata, kejadian itu disedari oleh seorang rakan sekerja pada jam 7.30 pagi hari kejadian.

“Pada jam 9.30 pagi tadi, pihak dari Balai Polis Lanang telah menerima satu panggilan daripada orang awam mengenai seorang perempuan yang bekerja sebagai tukang masak dipercayai membunuh diri di rumah pekerja dekat bawah Jambatan Durin, Sibu Pemeriksaan mendapati si mati dikenali sebagai Ety Susilawati Jaidin, berusia 45 tahun berasal dari Sambas”. kata Collin ketika dihubungi TVS.

Menurutnya, hasil pemeriksaan pasukan polis pada mayat mangsa mendapati kematian wanita itu tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.

Berdasarkan fakta kes, mangsa yang telah bercerai dengan suami berhasrat untuk balik ke kampung kerana rindu kepada anaknya berusia tujuh tahun.

Rakan sebilik juga memberitahu si mati kelihatan gelisah kerana asyik keluar masuk dari bilik sebelum hari kejadian.

Mayat mangsa telah dihantar ke hospital Sibu dan doktor mengesahkan punca kematian adalah disebabkan gantung diri.

Kes tersebut di klasifikasikan sebagai mati mengejut.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan