Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

‘Superman’ jalanan dan empat pemandu kereta lumba haram secara lawan arus diberkas polis

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 5 Sept : Tindakan tiga remaja yang menunggang motosikal secara berbahaya dengan mempamerkan aksi ala Superman membawa padah apabila mereka diberkas oleh polis malam tadi.

Menerusi operasi khas samseng jalanan yang dilancarkan oleh Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman di Lebuhraya Grand Saga di sini pada pukul 12.05 tengah malam tadi, trio berkenaan turut dikesan melakukan aksi meniarap di atas motosikal masing – masing.

Timbalan Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Mohd. Nadzri Hussain berkata, polis juga mendapati mereka melakukan aksi zig zag dan berlumba sesama sendiri bermula dari kilometer (KM) 20 ke arah Cheras.

” Kesemua suspek kemudian berpatah balik ke arah Kajang dan mengulangi aksi berbahaya berkenaan sebanyak satu pusingan. Tindakan berkenaan sangat berisiko kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain,”katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Katanya, polis yang mengekori kumpulan berkenaan berjaya membuat tangkapan ketika mereka yang berusia dalam lingkungan 18 hingga 20 tahun itu berhenti di sebuah rumah di Taman Bukit Mewah, Kajang.

Sementara itu dalam operasi berasingan pada pukul 11.20 malam tadi, Mohd. Nadzri memberitahu,empat lelaki turut ditahan kerana berlumba kereta secara melawan arus di Lebuhraya Kesas arah Klang.

” Pasukan polis mendapati kumpulan ini memecut laju bermula dari KM47.8 hingga ke KM 47.7 lebuh raya berkenaan dan melawan arus di susur keluar dan menghala semula ke tempat permulaan dengan aksi sama sebanyak tiga pusingan,” katanya.

Beliau memberitahu, polis menahan kesemua suspek ketika mereka memberhentikan kereta masing – masing di kawasan Rehat dan Rawat Awam Besar.

Sementara itu katanya, operasi semalam turut menahan lima lelaki di Klang, Selangor selepas mereka didapati melakukan aksi menundukkan badan, zig zag dan bersaing sesama sendiri bermula dari KM 14.5 sehingga di KM 8.8 Lebuhraya Persekutuan arah ke Klang kira -kira pukul 12.30 malam tadi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 28a Kanun Prosedur Jenayah (KPJ). -TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan