Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kerajaan giat gandakan jumlah RTK antigen COVID-19 bagi banjiri pasaran tempatan

KUCHING, 5 Sept : Kerajaan kini di fasa dalam usaha untuk menggandakan lebih banyak jumlah jenama Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen COVID-19 untuk diluluskan dan dijual ke pasaran.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, setakat ini, Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) telah meluluskan 16 jenama.

“Pihak KKM akan menambah lagi dua kali ganda daripada jenama untuk diluluskan agar boleh dijual di pasaran, sekaligus melahirkan persaingan antara peniaga dan boleh dijual pada harga yang lebih rendah lagi,” katanya dalam satu sidang media selepas mengadakan pemantauan di salah sebuah farmasi pusat beli belah di sini, hari ini.

RTK Antigen yang dikawal harganya merupakan peranti yang dilulus secara bersyarat oleh MDA KKM untuk tujuan pengesanan COVID-19, menggunakan sampel bendalir mulut atau calitan hidung.

Selain itu, sebagai persediaan memasuki fasa endemik, KPDNHEP juga mengambil pendekatan untuk mengkaji kesemua harga kawalan alat pengesan COVID-19 termasuk harga ujian calitan yang dilakukan di klinik.

Pihak KPDNHEP juga akan mencadangkan harga kawalan yang sesuai untuk oximeter iaitu alat pengukur paras oksigen dalam darah.

“Kami juga akan melihat kepada harga kawalan yang sesuai bagi klinik-klinik yang menawarkan perkhidmatan ujian calitan COVID-19.

“Namun, seperti semua sudah sedia maklum kerajaan kini telah menetapkan harga borong dan runcit maksimum Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen COVID-19 masing-masing dikawal pada RM16.00 dan RM19.90 dan harga siling ini berkuatkuasa 5 September iaitu hari ini, “katanya.

Keputusan itu katanya setelah kajian teliti dan menyeluruh kerjasama antara kementeriannya dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Penguatkuasaan itu juga telah dilaksanakan dengan wajar dan sesuai dengan keperluan pengguna termasuklah peniaga sendiri.

Dalam perkembangan sama, Nanta memberitahu harga siling baharu kit ujian RTK Antigen bakal diumum menjelang hujung tahun ini.

Bagaimanapun pihaknya belum menentukan harga baharu untuk kit ujian itu.

Namun begitu beliau memberi jaminan bahawa harga baharu sudah tentu lebih murah daripada harga semasa.

Ia bagi meringankan beban pengguna dan rakyat selain tidak meminggirkan peniaga serta pemborong.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan