Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Bayi sebulan antara 12 mangsa banjir dipindahkan ke PPS Baram

MIRI, 4 Sept : Seorang bayi berusia sebulan merupakan antara mangsa banjir di Rumah Panjang Rh Vincent, Tanjung Upar, Baram di sini yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Baram hari ini.

Menurut kenyataan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi, turut dipindahkan ialah 11 lagi penduduk rumah panjang berkenaan.

“Dalam usaha menyelamatkan mangsa banjir di situ, pasukan bomba yang menggunakan bot penyelamat berdepan cabaran apabila terpaksa menempuh arus sungai yang deras untuk sampai di situ.

“Bagaimanapun, operasi memindahkan kesemua mangsa berjalan lancar,” kata BBP Marudi dalam satu kenyataan.

Sumber : BBP Marudi

Mangsa lain yang diselamatkan terdiri daripada lima orang dewasa dan enam kanak-kanak yang dihantar ke pengkalan komersial Marudi dan seterusnya ke PPS Dewan Suarah Baram dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

Kenyataan sama menyebut situasi banjir di Tanjung Upar ketika ini tidak menunjukkan sebarang tanda akan surut malahan kenaikan paras air terus berlaku.

Pada masa sama, BBP Marudi menegaskan pihaknya melakukan operasi pemindahan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat termasuk anggotanya mengenakan alat pelindung diri (PPE) lengkap sebagai langkah mengelak sebarang jangkitan COVID-19. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan