Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PUTRAJAYA, 25 Jun -- Petugas pengurusan jenazah mengusung jenazah COVID-19 untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Selatan di Presint 20, Putrajaya baru-baru ini.
Tugasan menggali dan mengebumikan jenazah positif wabak itu tidak mengira waktu sama ada siang atau malam berikutan ia perlu dilakukan secepat mungkin dengan pemantauan dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Namun, ia tetap dilaksanakan dengan penuh dedikasi bagi memastikan ‘rumah terakhir’ arwah dapat diuruskan dengan sebaiknya walaupun mereka sentiasa terdedah kepada risiko jangkitan wabak tersebut. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Vaksinasi tinggi dan kurang saringan punca penurunan kes di Lembah Klang

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjelaskan kadar vaksinasi yang tinggi di Lembah Klang serta penurunan jumlah saringan merupakan dua faktor bagi penurunan kes harian di Selangor, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur dan WP Putrajaya.

Menurut KKM, Selangor menunjukkan penurunan kes harian sebanyak 6.8 peratus manakala kes di WP Kuala Lumpur menurun sebanyak 27. 1 peratus pada 2 September berbanding bilangan kes pada 31 Ogos lepas.

“Antara faktor utama yang menyebabkan penurunan kes di WP Kuala Lumpur adalah peratusan liputan imunisasi dos kedua yang tinggi sehingga mencecah 123.8 peratus, manakala di Putrajaya ialah 106.4 peratus. Jumlah keseluruhan vaksinasi dewasa di Lembah Klang sudah mencapai 68.8 peratus,” jelas KKM dalam kenyataan media kepada TVS pada hari ini.

Sebagai perbandingan, Selangor pada hari ini mencatatkan 3,613 kes baharu berbanding 4,073 semalam manakala angka yang direkodkan pada 1 September ialah 3,711 kes.

Pada 24 Ogos lalu, jumlah kes yang dilaporkan di negeri tersebut ialah sebanyak 4,645 sebelum ia melonjak kepada 6,325 pada 25 Ogos dan seterusnya meningkat kepada 6,936 kes pada 26 Ogos.

Bagi WP Kuala Lumpur pula, jumlah kes pada hari ini dan dua hari sebelumnya adalah masing-masing 740, 731 dan 573 manakala pada 24 Ogos lalu, kes harian yang dicatatkan ialah sebanyak 1,284 diikuti 1,128 pada 25 Ogos tetapi menurun kepada 881 kes sehari selepas itu.

Mengulas lanjut, KKM berkata, faktor lain yang menyumbang kepada penurunan kes adalah kerana pengasingan awal kes positif di  Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) swasta bagi kes-kes yang tidak sesuai untuk diasingkan di rumah.

“Langkah ini telah mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 kepada ahli serumah lain yang seterusnya menyebabkan pengurangan kes. Selain itu, tiada kejadian kluster di tapak-tapak pembinaan di sekitar WP Kuala Lumpur sejak 28 Ogos 2021,” jelas kenyataan itu lagi.

Berhubung pengurangan ujian saringan di Selangor pula, KKM menjelaskan, sejak seminggu yang lalu jumlah saringan menurun daripada sekitar 50,000 kepada sekitar 30,000 sehari berikutan perubahan strategi iaitu dengan menyaring individu bergejala sahaja.

“Berikutan langkah itu, kadar positiviti juga menurun daripada 22 peratus pada Minggu Epid (ME) 31 kepada 13 peratus pada ME34. Liputan imunisasi COVID-19 dos lengkap yang meningkat daripada 50 peratus penduduk dewasa pada ME32 kepada hampir 75 peratus pada ME35 juga memberi perlindungan kepada penduduk Selangor,” kenyataan itu menambah.

Berikutan itu juga, jelas KKM, kadar penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan bukan ICU bagi kes COVD-19 di Selangor dan WP Kuala Lumpur mula menunjukkan tren penurunan apabila kapasiti penggunaan katil bukan ICU di Selangor pada 2 September adalah 61 peratus manakala penggunaan katil ICU adalah 99 peratus.

“Di WP Kuala Lumpur pula adalah 57 peratus untuk bukan ICU, dan 70 peratus untuk ICU. Ini menggambarkan kejayaan vaksinasi dalam mengurangkan bilangan kes serius dan kemasukan ke hospital di Selangor dan WP Kuala Lumpur,” kata KKM.

Ikuti TVS di TelegramFacebook, TwitterInstagramTikTok dan YouTube.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan