Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Seorang rakyat Palestin terbunuh, 15 lagi cedera ketika tunjuk perasaan di sempadan Gaza

GAZA (Palestin), 3 Sept — Tentera Israel melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan di sempadan Gaza pada Khamis, hingga mengorbankan seorang rakyat Palestin dan mencederakan 15 yang lain.

Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan, pasukan tentera menggunakan peluru hidup dan gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan ketika mereka berkumpul di sempadan wilayah timur Gaza, lapor Agensi Anadolu.

Ahmed Mustafa Salih, 26 tahun dari Kem Pelarian Jibaliya wilayah utara Gaza terbunuh akibat terkena tembakan. Kanak-kanak dilaporkan antara 15 yang cedera.

Berkumpul di bawah gerakan “unit night confusion” bagi hari keenam, pemuda Palestin mengadakan tunjuk perasaan membantah sekatan Israel, bertindak membakar tayar kereta dan melemparkan bom bunyi di beberapa sempadan.

– BERNAMA

Ikuti TVS di TelegramFacebook, TwitterInstagramTikTok dan YouTube.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan