Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Aplikasi MySejahtera akan ditambah ciri-ciri baharu – Khairy

KUALA LUMPUR, 2 Sept — Aplikasi MySejahtera akan ditambah baik dengan pengenalan ciri-ciri baharu bagi memudahkan penggunanya memaparkan status kesihatan mereka.

kredit Twitter : @health_Malaysia

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam satu hantaran Twitternya malam ini berkata pasukan yang dipertanggungjawabkan  akan memulakan proses penambahbaikan malam ini juga bagi memudahkan orang ramai memaparkan tahap risiko dan status vaksinasi masing-masing.

“Ini akan memudahkan dengan COVID yang sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan. Kami akan terus mengemas kini dan menambah baik aplikasi itu dalam minggu-minggu berikutnya. 

Khairy berkata satu ciri terbaharu dalam aplikasi MySejahtera ialah butang daftar keluar yang ditambah bagi menambah baik proses pengesanan kontak.

“Sebaik sahaja meninggalkan satu tempat, perlu sentiasa ingat untuk daftar keluar. Anda hanya perlu menekan satu butang – tiada imbasan diperlukan,” katanya.

MySejahtera ialah aplikasi yang dibangunkan kerajaan bagi membantu menguruskan kawalan wabak COVID-19 di negara ini.

— BERNAMA

Ikuti TVS di TelegramFacebook, TwitterInstagramTikTok dan YouTube.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan