Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

90 peratus warga PDRM lengkap dua dos vaksin

ByKhairil Zharif Affindie

KOTA KINABALU: Seramai 90 peratus warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah mengambil suntikan dos vaksin lengkap.

Menurut Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, 10 peratus lagi warga PDRM masih dalam tempoh dos vaksin pertama dan dijadual akan menerima dos vaksin kedua dalam maa dua minggu lagi.

“Jadi masih ada lagi berbaki antara sepuluh peratus yang masih belum lagi menerima vaksin yang lengkap. Ini bermaksud mereka sudah pun menerima vaksin yang pertama tetapi tidak lengkap lagi yang kedua. Jadi saya percaya bahawa dalam seminggu dua ini, pemberian vaksin tersebut kepada semua warga PDRM akan lengkap,” katanya.

Beliau menambah, terdapat juga segelintir warga PDRM yang pada mulanya menolak suntikan vaksin atas sebab terpengaruh dengan khabar angin mengenai vaksin yang disebarkan di media sosial.

Bagaimanapun, jelas Acryl, dalam usaha mematuhi ketetapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pihak PDRM telah memberi khidmat kaunseling serta penerangan yang lengkap mengenai keberkesanan vaksin kepada mereka untuk menerima suntikan vaksin.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan