Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Penduduk Samarindah terima bantuan daripada Persatuan Veteran TLDM Sarawak

KOTA SAMARAHAN: Bermatlamat untuk mengurangkan beban penduduk setempat, Persatuan Veteran TLDM Sarawak (PVTLDM Sarawak) telah menganjurkan Program Bantuan Bakul Makanan bagi penduduk di sekitar Taman Samarindah pada Rabu.

Bantuan tersebut telah diagihkan untuk menampung keperluan harian bagi 33 ketua isi rumah (KIR) yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan tersebut.

Penyerahan bantuan telah disempurnakan oleh ahli-ahli jawatankuasa (AJK) PVTLDM Sarawak yang diketuai Presidennya Muhammad Ruslan Sain Abdullah.

Menurut Muhammad Ruslan, bantuan itu diharap dapat sedikit sebanyak meringankan beban mereka yang terjejas ketika tempoh PKPD.

Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK yang telah menjayakan program tersebut.

Program yang sama juga difahamkan telah dianjurkan bagi penduduk di Kawasan Opar.

Untuk rekod, Taman Samarindah telah dikenakan PKPD yang kemudian dilanjutkan hingga 6 September 2021 berikutan penularan pandemik COVID-19.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan