Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Vaksin pelajar tingkat keyakinan ibu bapa

Kuching: Kerajaan Negeri kini sedang berusaha untuk melaksanakan program pemberian vaksin COVID-19 kepada remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sesuatu yang melegakan ramai ibu bapa.

Usaha ini dapat memberi keyakinan kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah apabila dibuka kelak.

Hasil tinjauan, rata-rata ibu bapa menyambut baik keutamaan yang diberikan kepada remaja berumur 12 hingga 17 tahun, yang merupakan 9.94 peratus daripada penduduk Sarawak, kerana tidak dinafikan dalam situasi ketidakpastian sekarang, ramai ibu bapa berasa bimbang dan risau tentang penularan kes COVID-19.

Menurut Magdalene Patrick, suntikan vaksin dapat memberi keyakinan kepada ibu bapa untuk melihat anak mereka kembali ke sekolah bagi mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka.

“Wajar, kerana pemberian vaksin kepada remaja berumur 12 hingga 17 tahun ini adalah langkah perlindungan tambahan bagi mereka yang bakal menghadapi persekolahan bersemuka kelak,” katanya.

Sementara itu, Jagarai Aset, 48 tahun, menyokong sekiranya pemberian vaksin kepada pelajar dipercepatkan demi keselamatan mereka supaya tidak berisiko dijangkiti terutama di sekolah.

“Kebanyakan mereka ini bergaul rapat di sekolah, jadi sesetengah ibu bapa tidak yakin tentang keselamatan anak mereka kerana belum menerima vaksin. Ini kerana kita tidak tahu latar belakang sesetengah daripada mereka dan secara tidak langsung membawa kepada risiko dijangkiti,” katanya.

Chen yang bekerja di Klinik Kesihatan Lubok Antu, setuju pemberian vaksin dilaksanakan kepada pelajar untuk menguatkan antibodi mereka bagi melawan penyakit COVID-19 terutamanya varian Delta.

“Setuju pelajar diberi vaksin kerana dapat memberi ketahanan antibodi kepada mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Basil Laman Aman, 39 berkata, pemberian vaksin ini juga perlu mendapat kebenaran daripada ibu bapa terlebih dahulu sebelum anak-anak mendaftar untuk vaksin kerana mereka masih di bawah tanggungan ibu bapa.

“Suntikan vaksin kepada pelajar perlu mendapat kebenaran ibu bapa supaya tidak ada komplikasi pada masa hadapan kerana ini mengambil kira aspek kesihatan. Suntikan vaksin penting kerana jika tidak mereka susah untuk pergi ke mana-mana,” kata Basil.

Sebelum ini, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg meminta kerjasama daripada ibu bapa agar program pemberian vaksin untuk remaja berusia 12 hingga 17 tahun dapat berjalan dengan lancar dan mencapai imuniti kelompok.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan