Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tiga duta khas termasuk King Sing disambung kontrak

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 2 Sept : Mesyuarat kabinet pertama yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri semalam bersetuju untuk melanjutkan tempoh lantikan tiga Duta Khas negara.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa, keputusan itu sekaligus menyaksikan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan meneruskan tugasnya sebagai Duta Khas ke TimurTengah.

” Mesyuarat berkenaan turut bersetuju bahawa Datuk Seri Tiong King Sing akan meneruskan tugas sebagai Duta Khas ke China manakala Datuk Seri Richard Riot sebagai Duta Khas ke Asia Timur,” jelas kenyataan berkenaan.

Sebelum ini pejabat Presiden Pas menjelaskan, sejurus Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan , seluruh kabinet terbubar termasuk jawatan Duta Khas dan parti itu menunggu lantikan di bawah pentadbiran Ismail Sabri.

Pada April tahun lepas, Abdul Hadi dilantik sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah bertaraf menteri .

Pengumuman ketika itu juga menjelaskan King Sing yang juga Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) juga dilantik sebagai Duta Khas ke China bertaraf menteri bersama – sama Richard. -TVS

Ikuti TVS di TelegramFacebook, TwitterInstagramTikTok dan YouTube.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan