Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lelaki maut ditembak rakan selepas disangka babi hutan

KAPIT: Seorang lelaki maut selepas dikatakan ditembak tanpa sengaja oleh rakan sendiri yang menyangka kelibatnya adalah babi hutan ketika mereka berburu di kawasan hutan Sungai Tanyit, Nanga Merit, Kapit petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kapit DSP Freddy Bian berkata suspek menyerah diri dan ditangkap di Balai Polis Kapit pada pagi tadi bagi membantu siasatan.

Beliau memberitahu, siasatan mendapati mangsa dan suspek telah pergi ke kawasan hutan tersebut kira-kira jam 3.00 petang semalam bersama dua rakan lain sebelum mereka berpecah.


“Ketika memasuki hutan, mangsa bersama suspek telah pergi berburu manakala dua lagi rakan mereka menjala ikan di hutan Sungai Tanyit, Nanga Merit pada petang itu,” katanya ketika dihubungi pada hari ini.

Menurutnya, semasa berburu suspek telah melepaskan satu das tembakan ke arah sasaran yang disangkakan babi hutan tetapi malangnya tertembak rakan sendiri.

Mangsa, yang dikenali sebagai Jembu Selukai berusia 36 tahun berasal dari Rumah Kilau, Sungai Melilau Kapit, mengalami kecederaan parah pada bahagian perut dan paha kiri, dan meninggal dunia semasa dalam perjalanan balik ke kem tempat mereka bekerja.


Freddy berkata pihaknya telah merampas selaras senapang patah jenis ‘Bakakok’ sebagai barang bukti kes.

Suspek berusia 45 tahun itu kini ditahan di lokap Balai Polis Kapit sementara menunggu proses permohonan reman di Mahkamah Kapit esok.

Tags: #bm, crime, Kapit

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan