Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kadar kebolehjangkitan COVID-19 turun bawah RT 1.0

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR: Kadar purata kebolehjangkitan (R-naught) seluruh negara buat pertama kalinya berada di bawah 1.0 selepas beberapa bulan.

Ketika beliau mengumumkan perkara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau yakin negara kini berada di landasan yang tepat ke arah pemulihan.

“Berdasarkan unjuran data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) pula, purata kadar vaksinasi di setiap negeri dijangka mencapai 80 peratus bagi populasi dewasa menjelang hujung bulan ini,” katanya menerusi kenyataan media di sini pada hari ini.

Ujar Perdana Menteri, beliau percaya kadar vaksinasi 100% akan dicapai pada akhir Oktober untuk memberikan perlindungan kepada Keluarga Malaysia.

Sementara itu, Ismail Sabri turut memaklumkan keputusan Sidang Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 mengenai peralihan fasa di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) di mana Melaka akan beralih ke Fasa Dua dan Negeri Sembilan ke Fasa Tiga bermula 4 September.

“Mesyuarat bersetuju untuk membuka sektor pelancongan di beberapa destinasi di bawah program gelembung perjalanan atau “travel bubble” berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.

“Sebagai permulaan, Pulau Langkawi telah dipilih sebagai projek rintis untuk dibuka kembali kepada pelancong tempatan bermula 16 September manakala destinasi pelancongan yang lain akan dibenarkan beroperasi apabila kadar vaksinasi lokaliti mencapai 80 peratus,” katanya.

Ikuti TVS di TelegramFacebook, TwitterInstagramTikTok dan YouTube.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan