Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Jeritan Jiran Selamatkan Rumah Daripada Musnah

SARATOK: Teriakan jiran yang ternampak kepulan asap dari jendela menyelamatkan sebuah rumah dua tingkat jenis kekal dalam satu kebakaran di Taman Seroja, Saratok, pada Rabu.

Tiga sekeluarga termasuk seorang bayi perempuan berusia setahun selamat dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 6.20 petang.

Nazry Mohamat, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Saratok

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Saratok, Nazry Mohamat, kebakaran itu hanya melibatkan tilam dan katil, namun tidak menjejaskan struktur keseluruhan bangunan rumah berkenaan.

Berdasarkan laporan pada kejadian, sejurus mendengar teriakan jirannya, pemilik rumah bergegas ke bilik tidur itu sebelum bertindak pantas memadam api dengan menggunakan air paip.

“Kebakaran tersebut disedari oleh jiran yang melihat kepulan asap ditingkat atas rumah kediaman dan seterusnya pemilik kediaman bertindak pantas memadamkan kebakaran tersebut menggunakan sumber air paip di mana kebakaran berlaku dibilik tidur, punca dan kerugian masih dalam siasatan, tiada mangsa yang cedera akibat kebakaran tersebut.” katanya ketika dihubungi TVS.

Tambahnya, balai bomba dan penyelamat Saratok dengan kekuatan sembilan anggota dan dua buah jentera menuju lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 6.22 petang.

Sebaik tiba di lokasi katanya, kebakaran sudah berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh pemilik rumah.

Bagaimanapun, bomba melakukan pemeriksaan dan pemantauan susulan bagi memastikan keadaan benar-benar selamat sebelum bertolak balik ke balai.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan