Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Rayuan Ziyad Tetap Ditolak

ByLuqman Muhammad

TOKYO: Hasrat atlet para kebangsaan Muhammad Ziyad Zolkefli untuk menambah pingat emas kedua buat negara pada kejohanan Paralimpik Tokyo 2020 tidak kesampaiaan.

Ini selepas World Para Athletics (WPA) menolak rayuannya berhubung keputusan acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) pada Sukan Paralimpik Tokyo, malam tadi.

Ziyad Zolkefli yang memecahkan rekod dunia dua kali dan boleh memenangi emas dalam acara tersebut telah diklasifikasikan sebagai ‘Did Not Start’ (DNS) atau tidak memulakan aksi berikutan protes yang dikemukakan terhadapnya.

Protes serupa juga dikemukakan terhadap atlet dari Australia dan Ecuador yang turut diklasifikasikan sebagai DNS.

Menurut WPA dalam satu kenyataan, mereka juga menolak rayuan yang dibuat oleh atlet dari Australia dan Ecuador itu.

Keputusan itu berdasarkan Peraturan 5.5 Atlet Para Dunia – ‘Kegagalan Melapor Diri Di Bilik Menunggu’ yang menyatakan bahawa sekiranya atlet tidak hadir di bilik berkenaan pada waktu dinyatakan dalam jadual Bilik Menunggu, keputusan mereka akan dinyatakan sebagai DNS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan