Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Mayat anggota TDM yang hilang ketika latihan di Sungai Pahang ditemukan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 1 Sept: Tentera Darat Malaysia (TDM) hari ini mengesahkan penemuan jenazah seorang anggotanya yang hilang ketika menjalani latihan penyusupan menyeberangi Sungai Pahang, di Bera, Ahad lepas.

Sel Perhubungan Raya Tentera Darat dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan jenazah Lans Koperal Mohamad Azrin Mohamad Isa oleh penduduk kampung di kawasan Kampung Serengkam, Maran, kira-kira 70 kilometer dari lokasi kejadian pada 8.15 pagi tadi.

“TDM menzahirkan ucapan takziah buat isteri mangsa, Nor Aqila Syafiqa Safuan serta seluruh ahli keluarganya dan akan menghulurkan bantuan sewajarnya dari segala aspek dalam memastikan kebajikan keluarga itu.

“Perkembangan berkenaan pengurusan jenazah Allahyarham Lans Koperal Mohamad Azrin akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. TDM turut berharap agar masyarakat tidak menyebarkan gambar-gambar penemuan jasad Allahyarham,” menurut kenyataan itu.

Mohamad Azrin yang merupakan anggota tinjau daripada pasukan Kompeni PANDURA (Para) dipercayai lemas dan hilang ketika menjalani latihan Eksesais PARA Predator Siri 1/2021 pada 4.40 petang.

Semasa kejadian, Mohamad Azrin sedang melaksanakan Fasa Latihan Taktikal Menyeberangi Sungai di sekitar kawasan Kampung Batu Bor.

TDM merakamkan penghargaan terima kasih kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 2 Pahang, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, para penduduk dan mana-mana agensi yang telah membantu secara langsung dan tidak langsung dalam melaksanakan operas mencari dan menyelamat bermula Ahad lepas.

– BERNAMA

Tags: #bm, lemas, tdm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan