Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kerajaan Sarawak terima sumbangan RM 474,102.05 untuk Tabung Bencana Negeri

ByLuqman Muhammad

KUCHING: The Federation Of Chinese Associations Sarawak menyumbang sebanyak RM 474,102.05 kepada Tabung Bencana Negeri Sarawak.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah menerima cek sumbangan itu daripada Presidennya Datuk Richard Wee Liang Chiat.

Menurut Richard Wee, sumbangan itu bertujuan membantu Kerajaan Sarawak khususnya Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri bagi melancarkan program yang dilaksanakan dalam menangani Pandemik COVID-19.

Hadir sama menyaksikan majlis ringkas berkenaan adalah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak Datuk Seri Prof. Dr. Sim Kui Hian.

Dalam pada itu Abang Johari turut menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Institute of Engineers Malaysia (IEM), Datuk Ir. Janang Bungsu beserta rombongannya bertempat di pejabatnya, Wisma Bapa Malaysia.

Kunjungan tersebut antara lain membincangkan berkaitan lembaga pengurusan baharu IEM dan beberapa perkara lain yang berkaitan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan