Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

88.2 peratus populasi dewasa Sarawak lengkap divaksin

ByKhairil Zharif Affindie

KUCHING, 31 Ogos : Peratus populasi dewasa di negeri ini yang telah lengkap divaksin kini mencapai kadar 88.2 peratus dan yang ketiga tertinggi di Malaysia.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata , jumlah berkenaan mewakili sebanyak 1, 821 449 juta individu manakala peratusan bagi yang telah menerima dos pertama pula lebih tinggi iaitu mencecah 91 peratus atau sejumlah 1,879 360 individu.

” Sehubungan itu, kerajaan negeri kini menetapkan sasaran baharu apabila akan melaksanakan program vaksinasi kepada seramai 289,200 individu berumur 12 hingga 17 tahun yang mewakili sebanyak 9.94 peratus daripada penduduk Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini malam ini.

Acara sambutan turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Ragad Kurdi Taib.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, kerajaan negeri berharap dapat melaksanakan inisiatif berkenaan dalam tempoh terdekat dengan penyeliaan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (SDMC).

“ Oleh itu, kerajaan negeri amat berharap agar ibu-bapa dapat memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk melancarkan pelaksanaan program ini kelak,” katanya.

Dalam pada itu, Abang Johari juga menyuarakan harapannya agar perubahan politik di peringkat persekutuan akan membawa kestabilan berterusan serta dapat meneruskan usaha untuk memerangi wabak COVID-19 di negara ini.

“ Ketika ini, di Sarawak kita mendapati sedang berlaku peningkatan kadar jangkitan kes baharu yang agak tinggi di Zon Selatan namun sebanyak 99 peratus adalah pada kategori satu dan kategori dua iaitu tidak bergejala atau bergejala ringan sahaja,” katanya.

Sehubungan itu katanya , kerajaan berharap supaya rakyat terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) agar jumlah jangkitan harian dapat diturunkan secepat mungkin.

” Saya percaya menerusi suntikan dua dos vaksin yangdiberikan kepada rakyat dan pematuhan SOP yang berterusan, keadaan akan lebih selamat,” katanya.

Pada majlis berkenaan, Ketua Menteri turut mengambil peluang berterima kasih kepada kepimpinan tertinggi Kerajaan Pusat bagi tempoh 17 bulan lepas kerana prihatin terhadap aspirasi rakyat Sarawak.

“ Saya amat berharap kepimpinan Kerajaan Persekutuan yang baharu akan terus menghormati hak dan keistimewaan negeri ini dan terus prihatin terhadap keinginan rakyat Sarawak. Pada masa sama, kita berharap hak – hak yang sudah terhakis akan dapat dikembalikan kepada negeri ini,”katanya.-TVS

Ikuti TVS di TelegramFacebook, TwitterInstagramTikTok dan YouTube.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan