KUALA LUMPUR, 30 Ogos : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kini menjalani kuarantin kendiri setelah disahkan menjadi kontak rapat kepada pesakit COVID-19.
Menurut Pejabat Perdana Menteri, sehubungan itu beliau tidak dapat menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Simpan Rahsia Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri Persekutuan, di Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada petang ini.
Sementara itu, bagi sambutan Hari Kebangsaan 2021 yang dijadualkan berlangsung di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya esok (31 Ogos 2021), Perdana Menteri akan menyertainya secara maya.
Pada masa sama, program Perutusan Hari Kebangsaan 2021 oleh Perdana Menteri yang akan disiarkan secara langsung malam ini akan diteruskan. -TVS
Ikuti TVS di Telegram, Facebook, Twitter, Instagram, TikTok dan YouTube.