Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Percubaan penyeludupan kayu balak berjaya digagalkan

SIBU: Pasukan Polis Marin Wilayah Lima Sibu berjaya mematahkan penyeludupan kayu balak di sungai Batang Rajang, Sibu setelah membuat rampasan terhadap kes dibawah kesalahan yang sama pada minggu lepas.

Bertindak atas maklumat pada 28 Ogos, sepasukan pegawai dan anggota Pasukan Polis Marin Sibu telah bertindak membuat serbuan serta pemeriksaan terhadap longgokan kayu balak yang sedang ditunda oleh 3 buah perahu.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Lima Sarawak, ACP Zulfikar Mohd Ghazali berkata, pemeriksaan mendapati kira-kira 100 batang kayu balak yang ditunda oleh 3 buah perahu itu tidak mempunyai sebarang tanda tukul Jabatan Hutan Sarawak.

Justeru, kayu balak yang ada dipercayai diperoleh secara tidak sah.

Oleh itu, pasukan serbuan telah membuat tangkapan terhadap 3 orang lelaki tempatan berumur antara 28 hingga 58 tahun bagi membantu siasatan.

Barang rampasan dan tangkapan tersebut telah diserahkan kepada Pegawai Jabatan Hutan Sibu kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perhutanan Sarawak 2015 untuk siasatan selanjutnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan