Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Cuai, punca utama kemalangan ambulans

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 30 Ogos: Statistik menunjukkan punca utama kemalangan yang melibatkan ambulans di Sarawak setakat 29 Ogos 2021 adalah berpunca daripada kecuaian pemandu itu sendiri.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintenden Alexson Naga Chabu mendedahkan sepanjang tempoh Januari hingga Ogos 2021, sebanyak 10 kes kemalangan jalan raya yang melibatkan kenderaan ambulans telah dilaporkan.

“Daripada jumlah tersebut, lapan daripadanya merupakan ambulans milik Kementerian Kesihatan Malaysia, satu milik hospital swasta dan satu lagi milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengikut pecahan lokasi pula, lima kemalangan berlaku di Kuching, satu masing-masing di Sri Aman, Saratok, Bau, Padawan dan Kota Samarahan.

Daripada 10 kes ini juga, satu daripadanya yang berlaku di Sri Aman telah menyebabkan kematian.

“Selain berpunca daripada pengguna jalan raya yang tidak peka dan memandu terlalu laju, kegagalan memberi laluan kepada ambulans yang sedang dalam kecemasan juga adalah salah satu faktornya.

“Pemandu ambulans tidak seharusnya mengambil kesempatan ke atas kelebihan yang diberi untuk memandu dalam keadaan kecemasan sehingga menyebabkan kemalangan,” dedahnya lagi.

Beliau turut menasihatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi undang-undang lalu lintas dan sentiasa mengamalkan sikap bertolak ansur terhadap pengguna jalan raya lain.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan