Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

COVID-19 Sarawak: 2,028 Kes Positif, Lima Kematian Baharu

KUCHING, 30 OGOS: Sarawak hari ini melaporkan 2,028 kes baharu dan lima kematian melibatkan mangsa dari lingkungan umur 50-an hingga 70-an.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan berkata, kes yang direkodkan adalah masing-masing satu kes daripada kategori 3 dan empat manakala dua kes bagi kategori empat yang merupakan jankitan paru-paru dan memerlukan Oksigen.

Ini menjadikan jumlah kes kematian melibatkan COVID-19 adalah meningkat kepada 524 manakala jumlah keseluruhan kumulatif jangkitan meningkat kepada 114, 273 kes.

“Kuching sekali lagi menjadi penyumbang utama kes harian tertinggi direkodkan adalah sebanyak 918 kes, diikuti Serian 918,”

“Diikuti Serian dengan 260 kes, Bau (129), Tebedu (88), Mukah (69), Tatau (62), Subis (59), Bintulu (56), Samarahan (43), Lundu (38), Song (35), Asajaya (32), Meradong (27), Betong (15), Selangau (15) dan Miri (14). Tambahnya lagi.

Sementara itu, terdapat tiga kluster baharu yang diisythiarkan oleh JPBNS membabitkan Kluster Komuniti yang melibatkan kawasana Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu Kluster Sungai Ringin, Meradong, Kluster Belinggai Ulu Niah, Subis dan Kluster Nanga Tekalit, Tatau.

“Kluster Sungai Ringin, Meradong melibatkan sebuah rumah panjang di bawah PKPD, 92 orang disaring dan daripada jumlah itu mendapati 29 orang didapati positif termasuk kes indeks, 13 individu didapti negatif, manakala 50 individu masih menunggu keputusan makmal,” katanya.

Walaubagaiamanapun, terdapat 25 kes baharu dilaporkan pada hari ini.

Bagi Kluster Belingai Ulu Niah, Subis pula melibatkan dua (2) buah rumah panjang dibawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), Subis.

“119 orang telah disaring daripada jumlah itu, 33 orang didapti positif termasuk kes indeks, 14 individu didapati negatif, 72 individu masih menunggu keputusan makmal dan 27 kes baharu turut dilaporkan.”

‘Kluster Nanga Tekalit, Tatau turut membabitkan penduduk di sebuah rumah panjang dibawah arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) yang terletak di kawasan Nanga Tekalit, Tatau,”tambahnya lagi.

Tags: bm, covid, sarawak, sdmc

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan