Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Coronavirus in world. Novel coronavirus 2019-nCoV. Concept of coronavirus with flag of Malaysia

COVID-19: Kes baharu Malaysia di bawah 20,000 hari ini

KUALA LUMPUR, 30 Ogos : Kes baharu COVID-19 di Malaysia hari ini turun kepada 19,268 kes selepas enam hari berturut-turut melebihi 20,000 kes.

Malaysia sebelum ini merekodkan kes harian melebihi 20,000 kes dari 24 Ogos hingga 29 Ogos dengan kes harian tertinggi sebanyak 24,599 kes pada 26 Ogos.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di akaun Twitter beliau berkata jumlah yang dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia kini mencecah 1.72 juta.

“Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 3,567 kes diikuti Sabah (2,310), Johor (2,265), Kedah (2,084) dan Sarawak (2,028),” katanya.

Beliau berkata sebanyak tiga negeri mencatatkan kes melebihi 1,000 iaitu Pulau Pinang (1,780), Kelantan (1,308) dan Perak (1,144) manakala negeri yang merekodkan tiga angka ialah Pahang (788), Kuala Lumpur (672), Terengganu (544), Melaka (395) dan Negeri Sembilan (269).

Perlis pula merekodkan 71 kes, Putrajaya (41) dan Labuan (2).

— BERNAMA

Tags: #bm, COVID-19, kkm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan