Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

BNM: Bank terus sedia peruntukan tambahan bagi potensi kerugian kredit

ByBernama

KUALA LUMPUR, 30 Ogos : Bank-bank terus menyediakan peruntukan tambahan bagi potensi kerugian kredit, yang kini berada pada kadar 1.9 peratus daripada jumlah pinjaman sistem perbankan.

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam sorotan bulanannya bagi Julai 2021 berkata nisbah pinjaman terjejas kasar keseluruhannya meningkat sedikit kepada 1.7 peratus (Jun 2021: 1.6 peratus), didorong oleh segmen isi rumah.

“Bank-bank terus memberikan bantuan bayaran balik pinjaman kepada peminjam berdaya maju yang menghadapi kesukaran kewangan sementara dalam keadaan prospek risiko kredit yang terus mencabar,” kata bank pusat.

Sementara itu, Kedudukan mudah tunai sistem perbankan terus menyokong aktiviti pengantaraan kewangan.

Sistem perbankan terus mengekalkan penampan mudah tunai yang kukuh dengan nisbah perlindungan mudah tunai (LCR) terus utuh pada Julai (Jun-21: 149.1 peratus)

“Profil pendanaan bank-bank kekal stabil berikutan pertumbuhan deposit yang berterusan apabila individu, perniagaan dan institusi kewangan bukan bank terus menyediakan penampan wang tunai sebagai langkah berjaga-jaga,” kata BNM.

— BERNAMA

Tags: #bm, bank, BNM, COVID-19

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan