Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pegawai Bomba Temui Ajal Dalam Kemalangan

ByNur Suhaida Muliyono

MIRI: Seorang pegawai bomba yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Batu Niah, maut selepas terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah lori di persimpangan lampu isyarat Kilometer 8, Pujut 7 Jalan Miri-Lutong.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 4:30 pagi itu mengorbankan nyawa pemandu, Mohd Azwanizam Abdullah dan turut mengakibatkan dua orang lagi penumpang cedera.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintenden Alexson Naga Chabu berkata kemalangan berlaku ketika lori bergerak dari arah Lutong menuju ke bandar raya Miri sebelum dilanggar sebuah kereta dari arah Permyjaya menuju ke Piasau.

Pelanggaran dari bahagian sisi kiri lori terbabit mengakibatkan kerosakan teruk pada bahagian hadapan kereta tersebut.

Salah seorang penumpang kereta cedera parah dan kini dirawat di Zon Merah Hospital Miri.

Manakala pemandu serta penumpang lori yang masing-masing berusia 42 dan 19 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan susulan pelanggaran itu.

Mayat mangsa telah dibawa ke Bilik Mayat Jabatan Forensik Hospital Miri untuk bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan