Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Jadikan kilang sebagai PPV jika ada pekerja asing – Perdana Menteri

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menegaskan bahawa semua pemilik kilang yang mempunyai pekerja asing perlu menjadikan premis mereka sebagai pusat pemberian vaksin (PPV).

Menerusi satu hantaran di laman Facebooknya, Ismail Sabri berkata kilang seharusnya menyumbang kepada percambahan ekonomi dan bukannya menjadi pusat penyebaran COVID-19.

“Saya juga telah berjumpa dan berbincang dengan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan dan Ketua Pengarah Kesihatan supaya pekerja asing tidak lagi perlu beratur dan menyebabkan kesesakan di PPV, sebaliknya hanya mendapatkan vaksin di tempat mereka bekerja.

“Pendirian kerajaan adalah jelas dan tegas bahawa sesebuah kilang itu hanya dibenarkan untuk beroperasi semula setelah mencapai 80 peratus kadar vaksinasi,” katanya.

Beliau berkata pemberian vaksin secara pandu lalu juga akan dipertingkatkan dalam masa terdekat supaya rakyat tidak perlu menunggu lama, cukup sekadar 15 minit di dalam kereta dan boleh terus mendapatkan dos suntikan. – BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan