Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tengku Zafrul dan Nancy Shukri anggap tanggungjawab besar

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 27 Ogos : Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menganggap perlantikan semula beliau sebagai Menteri Kewangan merupakan satu amanah yang sangat besar.

Namun pada masa sama, Tengku Zafrul berkata, beliau dan pasukannya di Kementerian Kewangan serta agensi -agensi di bawah kementerian berkenaan bersedia untuk melakukan yang terbaik.

” Alhamdulillah saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di atas kepercayaan yang diberikan dengan melantik saya sebagai Menteri Kewangan.

” Pasukan akan melakukan yang terbaik demi kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi negara,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi hantaran Facebooknya sejurus selepas pengumuman senarai kabinet oleh Perdana Menteri hari ini.

Menerusi pengumuman hari ini, Tengku Zafrul yang diberi kepercayaan memegang jawatan berkenaan kali pertama pada Mac tahun lepas akan dibantu oleh Datuk Mohd. Shahar Abdullah selaku Timbalan Menteri I dan Yamani Hafez Musa selaku Timbalan Menteri II.

Beliau yang kini dianggap teknokrat ‘tunggal’ dalam kerajaan mula dilantik ke jawatan berkenaan pada March tahun lepas oleh bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta mencipta sejarah sebagai bukan ahli politik pertama memegang jawatan berkenaan.

Menutup rasa syukurnya, Tengku Zafrul turut memetik Hadis Riwayat Bukhari yang mengingatkan tentang tanggungjawab pemimpin kepada rakyat.

Sementara itu, Datuk Seri Nancy Shukri yang turut dilantik semula sebagai Menteri Pelancongan , Kesenian dan Kebudayaan berkata, beliau menyedari tempoh 100 hari yang digariskan oleh Perdana Menteri kepada setiap kementerian untuk memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.

” InsyaAllah saya akan melakukan yang terbaik bagi mendepani cabaran membantu sektor pelancongan dan kebudayaan. Kepada pasukan kerja di bawah Kementerian MOTAC, marilah kita bergerak ke hadapan bersama -sama dan lakukan tugas dengan baik,” katanya. -TVS

Ikuti TVS di TelegramFacebook, TwitterInstagramTikTok dan YouTube.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan