Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lelaki serang anggota bomba didenda RM4,000

LAWAS: Seorang lelaki yang bertindak menyerang anggota bomba yang sedang bertugas memadam kebakaran rumah di Kampung Belipat di sini pada Jun lalu dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM4,000 atau penjara selama lapan bulan sekiranya dia gagal membayar denda tersebut.

Kesalahan disabit di bawah Seksyen 51 Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) kerana mengganggu Pegawai Bomba, Pegawai Bomba Bantuan atau Pegawai Bomba Sukarela yang sedang melaksanakan tugas.

Hakim Majistret A. Akhiruddin @ Boy Acho menjatuhkan hukuman itu setelah tertuduh mengaku bersalah.

Tertuduh turut diarahkan membayar pampasan sebanyak RM1,000 kepada mangsa di hadapan hakim mengikut Akta 426 Kanun Keseksaan.

Menurut Ketua Zon 7 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak, Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal, aduan telah dibuat oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas Zaki Husin di Balai Polis Lawas pada 20 Jun lalu.

Awangku berkata Jabatan Penyelamat dan Bomba Malaysia memandang serius kejadian sedemikian yang seolah-olah memperlekehkan tugas anggota bomba.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan