Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Semak status bantuan diri terlebih dahulu sebelum ke kaunter BSN

BySalasiah Safian

MIRI: Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Lee Kim Shin menyarankan agar penerima Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS), Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) menyemak status mereka terlebih dahulu sebelum mereka pergi ke mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Mereka boleh membuat semakan di laman web https://bkss.sarawak.gov.my/ dan https://bpr.hasil.gov.my.

“Pihak pengurusan Cawangan BSN Miri (Encik Zulkaraine Bin Marosen) dan Permyjaya (Puan Shaha Mirla) mengesyorkan agar para penerima membuka akaun simpanan masing-masing di mana-mana cawangan BSN supaya bantuan tersebut dapat dikreditkan secara automatik kepada penerima,” Lee menyebut dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dalam pada itu, beliau menyeru kepada penduduk setempat untuk tidak mudah percaya dengan berita palsu yang tular baru-baru ini bahawa tuntutan bantuan BKSS, BPN dan BPR akan terputus jika tidak dituntut dengan segera.

Pembayaran tersebut adalah sah hingga 31 Disember 2021.

Sementara itu, beliau sempat meninjau sendiri keadaan di BSN Cawangan Miri dan Cawangan Permyjaya.

Tinjauan itu dibuat untuk melihat sendiri keadaan orang ramai yang menunggu giliran untuk melakukan urus niaga, terutamanya proses pembayaran BKSS), BPN dan BPR, masing-masingnya di kedua-dua lokasi tersebut.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan