Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pemimpin Sarawak punya kemampuan sumbang kestabilan Malaysia

KUCHING, 27 Ogos : Pemilihan pemimpin Sarawak yang diberi tanggungjawab penting dalam senarai kabinet Kerajaan Persekutuan membuktikan bahawa tokoh politik negeri ini mempunyai kemampuan pentadbiran peringkat tertinggi seterusnya menyumbang kepada pemulihan negara.

Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS),Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, beliau melihat kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga mementingkan Sarawak apabila memberi tanggungjawab memegang kementerian penting kepada anak jati negeri ini.

” Dalam soal ini, pemilihan Datuk Seri Wan Junaidi Tengku Jaafar sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang -Undang) menunjukkan beliau diberi kepercayaan penting dan kini mempunyai tanggungjawab besar pada ketika politik negara tidak stabil berikutan pelbagai isu,”katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman senarai Kabinet oleh Ismail Sabri di Putrajaya hari ini.

Menerusi senarai kabinet yang berorientasikan hasil itu menyaksikan lapan wakil GPS masing-masing dilantik menjawat satu jawatan menteri kanan, tiga menteri penuh dan empat timbalan menteri.

Alexander Nanta sendiri mengekalkan kedudukan beliau sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang disandang sejak Mac tahun lalu di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengumuman itu juga menyaksikan Datuk Seri Fadillah Yusuf kekal sebagai Menteri Kanan (Kerja Raya) dan Datuk Seri Nancy Shukri (Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan).

Berhubung peranannya, Alexander Nanta berkata, akan terus melaksanakan beberapa inisiatif sebelum ini demi kemajuan kementerian yang diterajuinya. -TVS

Ikuti TVS di Telegram, Facebook, Twitter, Instagram, TikTok dan YouTube.


Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan