Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PDRM FC ‘hilang senjata’ bertemu Sarawak United

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 27 Ogos : PDRM FC yang sedang menikmati prestasi terbaik dalam Liga Premier ketika ini sedar betapa mereka akan berdepan misi sukar apabila melayan kunjungan pendahulu, Sarawak United di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam ini.

Lebih membimbangkan, skuad Sang Saka Biru yang dikendalikan Wan Rohaimi Wan Ismail turut kehilangan tiga tonggaknya yang tidak dapat beraksi.

Namun di sebalik ‘kekurangan’ itu, pengurus pasukannya, Ins Mohd. Shamshul Hisham Abd Razak berkata, mereka telah melakukan persiapan rapi untuk mengharungi aksi malam ini yang dijangka akan berlangsung sengit.

“Sebaik sahaja tamat aksi menentang Perak II pada Ahad lepas, kami terus memulakan latihan. Tempoh empat hari itu mencukupi untuk mengatur strategi baharu,”katanya kepada TVS.

Jelas Mohd. Shamsul Hisham, perancangan mereka sedikit terganggu apabila kehilangan ketua pasukan, Amir Saiful Badeli dan Nabil Ahmad Latpi yang tidak dapat beraksi kerana layangan kad merah dalam perlawanan di Ipoh manakala penyerang importnya, Lazarus Kaimbi masih dibelenggu kecederaan.

” Begitupun saya dan barisan kejurulatihan yakin pemain yang ada mampu menggalas cabaran malam ini,”katanya.

Pada masa sama, PDRM FC turut menyandarkan harapan agar penyerangnya, Bruno Suzuki terus meledak malam ini selepas membuktikan kemampuannya apabila menghasilkan tujuh jaringan dalam tujuh perlawanan terakhir.

Mengenai Sarawak United, Mohd Shamsul Hisham berkata, pasukannya menyedari reputasi yang dimiliki ‘tetamu’ mereka namun peluang untuk melakukan kejutan sentiasa ada.

“Mereka (Sarawak United) kini di tangga teratas dan dikatakan paling hebat dalam Liga Premier namun dalam bola sepak, apa sahaja boleh berlaku,” katanya.

Dalam aksi pusingan pertama, PDRM menewaskan skuad kendalian E. Elavarasan dengan keputusan 2-0 namun ketika ini pasukan berkenaan tidak pernah tewas dalam empat perlawanan terakhir dan masih segar dengan kemenangan besar 4 -0 ke atas skuad projek MSN pada Ahad lepas. -TVS

Ikuti TVS di TelegramFacebook, TwitterInstagramTikTok dan YouTube.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan