Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ngap Sayop lemaskan The Cops di Cheras, kekal teraju Liga Premier
Ngap Sayop lemaskan The Cops di Cheras, kekal teraju Liga Premier

Kenyalang Emas lemaskan The Cops di Cheras, kekal teraju Liga Premier

KUALA LUMPUR, 27 Ogos: Pendahulu Liga Premier, Sarawak United meneruskan rentak cemerlang apabila meleburkan rekod tanpa kalah tujuh perlawanan terakhir PDRM FC menerusi kemenangan 3-0 dalam aksi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras sebentar tadi.

Turun dengan misi untuk mengekalkan rekod bersih dalam empat perlawanan terakhir, anak buah E. Elavarasan pantas melancarkan serangan bertali arus ke kubu tuan rumah yang dikawal oleh Asri Muhamad.

Memasuki minit ke-17, penyerang import Sarawak, Sandro Da Silva tenang menyudahkan hantaran S. Chanthuru untuk meletakkan pelawat di hadapan.

Tersentak dengan asakan bertali arus rangkaian skuad Ngap Sayop, Sang Saka Biru mula memberi reaksi dengan serangan balas namun tendangan Nurfais Johari berjaya ditepis oleh Sharbinee Allawee pada minit ke-22.

Penguasan Sarawak berterusan apabila Sandro Da Silva sekali mencetak nama selaku penjaring pada minit minit ke – 35.

Memasuki babak kedua, PDRM yang cuba bangkit terus dihukum apabila Uche Agba terus melebarkan kedudukan menjadi 3-0 pada minit ke-81.

Keputusan malam ini terus mengekalkan Sarawak United FC di persada liga dan berjaya menjarakkan diri dari Negeri Sembilan yang tumbang 1-2 di tangan Kelantan United.

Bertambah manis, kejayaan malam ini juga menyaksikan Sarawak United menebus kekalahan 0-2 kepada skuad kendalian Wan Rohaimi Wan Ismail pada pusingan pertama lalu. -TVS

Ikuti TVS di TelegramFacebook, TwitterInstagramTikTok dan YouTube.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan