Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Nancy Berikrar Lakukan Terbaik Demi MOTAC

KUCHING, 27 OGOS: Ahli Parlimen Batang Sadong, Datuk Seri Nancy Shukri berikrar untuk mencapai prestasi terbaik bagi tempoh 100 hari selepas dilantik memegang portfolio Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dibawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Saya ingin mengucapkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk meneruskan khidmat kepada rakyat sebagai anggota Jemaah Menteri bagi portfolio Pelancongan, Seni dan Budaya.

“Insya Allah saya akan melakukan yang terbaik bagi mendepani cabaran membantu sektor pelancongan dan kebudayaan,” katanya.

Beliau juga menyeru penjawat-penjawat awam dibawah MOTAC untuk sama-sama menghadapi waktu sukar ketika ini.

“Kepada pasukan kerja MOTAC, mari kita bersama-sama maju ke hadapan dan memastikan ia menjadi kenyataan,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan