Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Guru agama didakwa cederakan pelajar OKU dengan penyapu

ByYazid Ibrahim

MELAKA, 27 Ogos — Seorang guru agama di sebuah madrasah di Telok Mas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan mendatangkan kecederaan ke atas pelajarnya yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU), Ahad lepas.

Mohamad Haslam Abdul Salam, 32, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Nariman Badruddin.

Mengikut pertuduhan, Mohamad Haslam didakwa menyebabkan cedera di bahagian belakang badan serta kedua-dua tangan dan kaki Muhammad Sawfi Razali, 21, dengan menggunakan sebatang penyapu di Jalan GB 5, Taman Gadong Bahagia, di sini pada kira-kira 7 pagi, 22 Ogos lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan-seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya N. Sivasangari mencadangkan jaminan sebanyak RM8,000 namun peguam Sheikh Ikhzan Sheikh Salleh yang mewakili tertuduh, merayu jumlah itu dikurangkan dengan alasan anak guamnya perlu menanggung tiga orang anak.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi sepanjang tempoh perbicaraan serta menetapkan 27 Sept untuk sebutan semula kes.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan