Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Empat hari hilang, kanak-kanak disyaki lemas masih belum ditemui

LAWAS: Hari ini Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak lelaki, yang dipercayai lemas ketika mandi bersama ibu dan adik beradiknya di sungai di belakang rumah mereka, memasuki hari keempat.

Mangsa yang berusia enam tahun, Mohd Adrian Muzaffar Mohd Mazlan, dikatakan tenggelam ke dalam sungai.

SAR giat dijalankan oleh anggota bomba dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Lawas serta anggota dari Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Menurut Ketua Zon 7 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak, Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal, operasi mencari dimulakan seawal jam 7.50 minit pagi.

Ketua Zon 7 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak,
Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal

Operasi itu, yang turut mendapat bantuan daripada penduduk kampung, diperluaskan hingga ke hilir sungai dengan radius pencarian satu kilometer, dan ke hulu sungai dengan radius empat kilometer.

Setakat jam 6.00 petang, mangsa masih belum dijumpai dan SAR telah ditangguhkan dan akan disambung semula pada jam 7.30 pagi Sabtu, 28 Ogos.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan