Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Yang di-Pertuan Agong terima senarai kabinet

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 26 Ogos : Istana Negara mengesahkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini telah berkenan menerima senarai anggota Jemaah Kabinet yang dipersembahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pagi tadi.

Menerusi kenyataan media , Istana Negara menjelaskan Seri Paduka menerima menghadap Perdana Menteri di Istana Abdulaziz, di Kuantan, Pahang pada pukul 11 pagi tadi.

” Sesi berkenaan berlangsung selama satu jam tiga puluh minit dan ini merupakan kali kedua Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong selaku Perdana Menteri,” jelas kenyataan berkenaan.

Terdahulu, Ismail Sabri dilihat memasuki perkarangan istana pada 10.53 pagi dengan diiringi oleh tiga kenderaan lain dan kawalan polis trafik.

Turut menyertai Ismail Sabri ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Senarai Jemaah Menteri yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri kini menjadi perhatian kerana pelbagai spekulasi berhubung jawatan tertentu.

Dijangkakan senarai berkenaan akan diumumkan lewat petang ini namun setakat ini masih belum terdapat sebarang pengesahan rasmi. -TVS

Ikuti TVS di Telegram, Facebook, Twitter, Instagram, TikTok dan YouTube.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan