SARAWAK terus merekodkan peningkatan jangkitan baharu COVID-19 dengan 2,024 kes.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, 99.85 peratus atau 2,021 kes adalah daripada kategori 1 dan 2.
Manakala satu kes dalam kategori 4, sementara kategori 5 melaporkan dua kes baharu.
Empat daerah yang mencatatkan kes tertinggi adalah Kuching (848), Samarahan (200), Serian (198) dan Sibu (161).
Jumlah keseluruhan kini adalah sebanyak 105,072 kes.
Sementara itu, terdapat dua kematian dilaporkan melibatkan warga emas lelaki berusia 78 tahun dan wanita berumur 85 tahun di Hospital Umum Sarawak.
Dalam pada itu, empat kluster baharu jangkitan COVID-19 turut diisytiharkan.
Dua kluster komuniti yang diisytiharkan Kluster Sibuluh-Nowang, Bau dan Kluster Telok Batu, Meradong.
Manakala dua kluster tempat kerja melibatkan Kluster Se-Menyan, Sibu dan Kluster Jalan Hulu Engkamop, Pakan.