Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PUTRAJAYA, 16 Ogos -- Bangunan Perdana Putra menempatkan pejabat Perdana Menteri sementara atau 'caretaker' Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.? Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah RiÂ’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan Tan Sri Muhyiddin Yassin menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri sementara atau 'caretaker' sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.? -- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

PM umum anggota kabinet 11 pagi esok

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 26 Ogos : Teka -teka mengenai senarai anggota kabinet baharu Kerajaan Persekutuan bakal terjawab esok apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka akan mengumumkannya pada pukul 11 pagi.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan turut memaklumkan bahawa Majlis Angkat Sumpah bagi Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan pula dijangka akan berlangsung pada Isnin depan.

” Majlis angkat sumpah akan berlangsung pada pukul 2.30 petang,” katanya kenyataan berkenaan.

Pada masa sama, kenyataan itu juga menyebut liputan untuk pengumuman esok hanya melibatkan media rasmi sahaja.

Terdahulu pada pagi tadi, Ismail Sabri  menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang bagi mempersembahkan senarai anggota kabinet.

Menerusi kenyataan media , Istana Negara memaklumkan Seri Paduka menerima menghadap Perdana Menteri di Istana Abdulaziz, di Kuantan, Pahang pada pukul 11 pagi tadi dan sesi berkenaan berlangsung selama satu jam tiga puluh minit.

Sementara itu, Ismail Sabri menerusi hantaran Facebooknya memaklumkan, senarai anggota kabinet yang dipersembahkan kepada Seri Paduka itu penting bagi penubuhan kerajaan yang lengkap dalam melancarkan tugas -tugas yang dituntut demi kesejahteraan rakyat dan kecemerlangan negara.

” Semoga Allah SWT memberkati setiap usaha yang dilaksanakan,” tulisnya. -TVS

Ikuti TVS di TelegramFacebook, TwitterInstagramTikTok dan YouTube.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan